Archive for the ‘home sweet home’ Category

aksi papa (U)

29/04/2009

muhahahahh..tak tau la kalo papa tau aku publish ni mesti dia marah. but memandangkan papa ni serba boleh dalam bab pasang-memasang ni saja la aku nak letak gambar2 ini untuk tatapan kawan-kawan..:) kot2 nak panggil upah pasang hood/downlight/lampu bilik air/kipas ke boleh la give us a call..heheh

after sesi mengukur siap, sesi drill bermula

after sesi mengukur siap, sesi drill bermula

tengok muka papa yg penuh perasaan itu..haha

tengok muka papa yg penuh perasaan itu..haha

angkat jgn tak angkat pa! (berat tuu..)

angkat jgn tak angkat pa! (berat tuu..)

tadaa!! *clapclap* (abaikan extension kat atas tu)

tadaa!! *clapclap* (abaikan extension kat atas tu)

gembira & tension

06/04/2009
.
Monday blues telah melanda diriku di pagi Isnin yg indah ini.huhu..call me procrastinator (or lazy, or whatever) tp aku memang sangat tidak bersemangat untuk bekerja pada hari ini. ohh.. agaknya inilah penangan seminggu bercuti. dan ditambah dengan kepenatan mengemas rumah serta kerja2 unpack barang yg banyak dan masih belum selesai. so, pagi aku hari ini telah dimulakan dgn blog hopping sambil layan lagu love story dr taylor swift. what a  fruitful morning. hihi.

di kesempatan ini nak ucap thank you arigato to mrs erry & hubby yg telah menyinggah ke rumah on the saturday afternoon. so sorry erry rumah aku sangat tunggang langgang dan aku sangat lah segan dgn ko dan ah lam sebab hanya dpt hidang air kosong..huhu sorry babe! sbnrnya 2 hari sebelum tu aku dh borong berbotol2 air kat giant tp tau la dh penat2 mengangkat barang plus ramai pulak kt umah tu..semuanya habis! (alasan tak munasabah kan?huhu) nak jadi cerita mak aku borong brg dapur nak masak la kunun last2 cari garam + kunyit takde. apalaa…aku tertinggal kt umah kajang! tak pasal2 kena kuar balik beli (aku rasa sungguh malu dgn diri sendiri. maafkan insan yg baru berpindah ini). 

gembira? yes. aku sangat2 (berapa banyak sangat daa) happy sbb at last selamat berpindah pada hari ahad lepas wlpun masih byk barang kecik2 yg tinggal kat kajang. tambah happy sebab mama abah dtg hari jumaat all the way dr kuantan lepas keje dgn adik aku yg masih berbaju sekolah plus adik aku yg kt s.alam pun sama dtg. sangatlah meriah! thank you mama yg bertungkus lumus jahit langsir sampai ptg smlm baru siap. dan abah yg rajin mengelap & mencuci toilet sampai berkilat. hihi. tak lupa aku nak berterima kasih dgn hubby aku yg TERSANGAT rajin-tak henti buat kerja-tak tidur malam-sangat komited itu. he’s really a man. my man. cheewah!! ye la, dia pasang downlight sendiri, pasang kipas, paip sinki dapur, pasang curtain rail, kitchen hob, lampu toilet, angkat barang, dsb. kalo jiran sebelah ingat buruh indon yg sibuk drill dinding tu, u’re totally wrong dear. itu adalah laki aku! huahuah. dan tak lupa anak teruna aku adam yg tak diam berlari ke hulu hilir menggamatkan suasana.

tension? owh..that happened yesterday. lepas hantar adik aku ke s.alam kami singgah ke Ikea utk shopping sket. masa nak balik guess what? kereta aku telah dicalarkan dengan jayanya oleh ntah sapa-org bong*k yg nak kuar kete tak lepas. haa kan dah hangin. aku ala2 cool jek smlm sbb penat tp laki aku hangin la satu badan. parking sket punya besau yg dia pegi langgar kete aku tu apesal?! mcm tak best la tengok kete tu calar. mmg la tak besar sangat tp baru nak sampai umur setahun dh calar gittew. sedih sungguh. natijahnya laki aku membebel jap pastu dia diam aje (plus letih lagi). aku pun malas nak cakap banyak. tp hatiku sungguh tensen dgn itu org yg langgar. aku just boleh cakap “sabar je la bang..” huhu, baik tak aku? dlm hati “cess, b***h betul la langgar kete aku!” :).

sekian cerita pagi ini. baik aku mulakan kerja sebelum monday blues aku ini berterusan sampai petang. hihi. 

::hadiah paling bermakna::

20/03/2009

 

semalam kami dah dapat kunci rumah baru..alhamdulillah. inilah hadiah ulangtahun perkahwinan yg paling bermakna sekali buat kami sekeluarga..actually dalam 2 bulan ni kami mmg sgt sibuk menguruskan hal2 berkaitan rumah termasuklah membeli barang2 yg perlu. duit pun dah banyak yg habis. kalau ikutkan macam2 nak beli dan nak dibuat. tapi kami cuba utamakan yg mana penting (itupun dah byk tersasul beli benda yg takde dlm list)..renovation pun kalo ada later la baru buat..yg penting sekali kami dah ada rumah sendiri. yg kami tunggu2 selama ni. masa papa tunjuk kunci rumah tu rasa berbunga2 je hati..happy tak payah cerita la. papa pun tersengih aje. cuma lepas ni nak kena spend duit utk bayar rumah pulak..dulu setakat bayar sewa aje. so, memandangkan gaji kami ni takde la banyak mana, aku dah tak boleh nak enjoy sangat.hihi.

 

harap2 proses berpindah nanti berjalan lancar..mama & abah pun akan sama membantu (mama nak tolong jahitkan langsir..tenkiu2). dan harap2 jiran2 aku sume okay (kiri kanan sume malay). semoga adam dan adik2nya (hihi..insyaAllah) pun dapat membesar dgn baik dalam neighborhood ni. insyaAllah kalo tak ada hal hujung bulan ni kami akan start pindah, after semua dah ready (grill, langsir, lampu etc). so, aku akan menjadi warga nilai (jadi org nogori la den..) pulak setelah hampir 2 tahun jadi org kajang :). kali ni aku jauh sikit la nak ke ofis..tp highway pun dekat dgn rumah, so harap takde la masalah. papa dah betul2 dekat nak ke ofis & site. esok2 adam dah sekolah senang la papa nak ambik hantar (ecewah! lambat lagi tu..hihi).

 

anyway, entry hari ni just to share my happiness dgn all of you, my dear friends and family. insyaAllah, kalo semua dah ready boleh la ajak korang sume datang bertandang ke rumah. tapi kalo nak datang tlg angkat barang dan kemas rumah pun sgt2 la dialu2kan..hihi. rumah aku takde la besar mana. rumah teres dua tingkat aje. but aku berharap dapat jadikan rumah ini our home sweet home. yg sentiasa memanggil2 kami pulang utk merehat2kan diri & fikiran. yang memberi kebahagiaan dan melimpahkan kasih sayang buat kami sekeluarga. bak kata orang, home is where the heart is. insyaAllah..