Archive for August, 2009

salam Ramadhan

22/08/2009

hmm..dah lama betul tak update blog ni. dulu2 boleh post entry kat opis je (time2 ngular) tp skrg tak bleh dah sbb opis baru sgt la strict pasal internet access ni. boleh masuk yg penting2 je. so padan dgn muka aku. hehe. nak update kat umah almaklum la byk sgt constraint nye. ditambah anak jantan yg tgh aktif & notti mmg la payah. sempat bukak email je pun.

actually aku baru je balik dari 3-day course di melaka (3-5 aug)+ 11-day course di PD (10-20 aug). compulsory courses yg very2 interesting esp yg kat PD. insyaAllah i’ll post special entry for that. itu salah satu sbb aku mmg tak sempat nak online. nak bloghop pun tak sempat. sedih, kan?

di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut kehadiran Ramadhan al-mubarakh buat semua umat Islam. marilah kita sama-sama menghayati bulan yg penuh keberkatan ini dgn melakukan amal2 ibadah kepada-Nya. semoga Ramadhan ini kita sentiasa diberkati & dilimpahi rahmat Yang Esa. selamat berpuasa!

p/s: tgh pening memikir apa yg nak dimasak utk sahur. kat dapur just ada sardin + telur + belen sup daging dinner tadi. jgn terlajak sudah! 🙂

Advertisements